Monday, July 14, 2008

Butiran Diri
Nama : Rokiah binti Karim
Nama panggilan : rock
Asal : Sik, Kedah
Tarikh Lahir : 8 Mac 1986
bil.adik beradik : 9 orang, anak ke 3
status : pelajar (bujang)
universiti : Universiti Utara Malaysia
Program : Sarjana Muda Teknologi media (periklanan)
semester : 5

saya memilih bidang periklanan ini kerana berminat terhadap sesuatu yang baru dan kreatif. Penulisan blog untuk subjek cct3223 (Analisa Buatputusan Dalam Periklanan)ini juga adalah sesuatu yang baru dalam hidup saya. Justeru, dengan penulisan blog ini saya berharap dapat berkongsi pengetahuan dengan kawan-kawan terutamanya tentang periklanan. Semoga kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan bersama-sama bagi meningkatkan lagi pegetahuan dan maklumat-maklumat yang boleh digunakan dalam pelajaran mahupun bidang pekerjaan kita suatu hari ini.
Jurnal 1
Tajuk : Target Marketing And Segmentation: Valid And
Useful Tools For Marketing
Pengarang : Dennis J.Cahil, North Union Associates,
Ins., Cleveland, Ohio, USA.
Konsep pemasaran sasaran
Secara umumnya, bukan semua pelanggan adalah serupa. Oleh itu, pemasaran sasaran adalah amat penting dalam mensasarkan produk di pasaran. Pemasaran sasaran adalah yang paling asas serta yang ringkas dalam pasaran dan subpasaran (seperti satu segmen) yang mana tujuan firma adalah untuk memasarkan atau menyebarkan mesej. Firma perlu membuat segmentasi untuk membangunkan pelbagai produk yang di pasaran. Sesuatu jenama juga dapat dibangunkan dengan adanya kesetiaan pelanggan terhadap produk dan jenama tersebut. Dalam membuat pemasaran sasaran, kita perlu melihat kepada beberapa aspek penting. Antaranya ialah:
  1. perlu melihat siapakah pelanggan-pelanggan yang paling menguntungkan serta membawa kepada keuntungan sesuatu jenama.
  2. perlu mengenalpasti pelanggan-pelanggan yang membawa kepada keuntungan sesebuah produk,keluaran dan perkhidmatan.
  3. perlu mempelajari dan mengetahui nilai-nilai pelanggan.
  4. menganalisis keperluan, kegunaan serta kehendak pelanggan mereka.
  5. Memfokuskan pemasaran ke atas mereka ‘pelanggan’ (dan secara tersirat, abaikan pelanggan-pelanggan yang tidak boleh membawa keuntungan ‘non-profitable customers’.
    Perlu sentiasa mengawasi kepuasan pelanggan.


Kepentingan pemasaran sasaran

  1. Sebagai satu usaha untuk menarik serta mendapat perhatian pelanggan terhadap sesuatu jenama dan produk.
  2. Memastikan kesetiaan pelanggan untuk menjaminkan keuntungan yang tinggi sebagai suatu strategik yang boleh digunakan oleh sesebuah firma.
  3. Membantu firma untuk melihat suatu pendekatan yang realistik terhadap pelanggan-pelanggan serta produk mereka.
  4. Membantu firma menentukan dengan menawarkan produk yang bersesuaian antara jenama dan produk dengan pelanggan.

Konsep segmentasi
Segmentasi merupakan proses pembahagian suatu jumlah pasaran dalam bahagian-bahagian tertentu. Ia juga sebagai alat pemasaran yang telah lama digunakan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan. Segmentasi ini dibuat kerana kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai produk di pasaran sama ada yang telah wujud mahupun yang akan wujud pada masa akan datang. Produk-produk ini juga sudah tentunya dipasarkan di bawah jenama yang berbeza-beza. Kita juga perlu ingat matlamatnya di sini iaitu untuk mendapat kelebihan persaingan. Dengan ini, Porter meletakkan ia sebagai persoalan-persoalan strategik di mana dalam industri amat memerlukan tumpuan dalam persaingan. Tumpuan Porter adalah dengan melihat di luar iaitu firma membuat segmen-segmen di mana mencari serta melihat kebolehan dan keupayaan para pesaingnnya dalam membangunkan keperluan pelanggan.

Kesimpulan pemasaran sasaran dan segmentasi dalam pemasaran
- Mengenaplasti keperluan, kehendak dan permintaan pelanggan
- Menjamin kesetiaan para pelanggan
- Untuk menambahkan jumlah jualan
- Mengurangkan kos-kos jualan
- Memastikan keuntungan yang tinggi
- Mensasarkan pelanggan-pelanggan dengan betul
- Persediaan menghadapi persaing-pesaing

4 comments:

Ifarozila Tangah said...

Bagaimanakah segmentasi boleh dikatakan sebagai salah satu cara untuk mendapat kelebihan pesaing seperti yang dijelaskan dalam artikel tadi?

rokiah said...

segmentasi merupakan 1 cara dan alat dalam memasarkan sesuatu produk. oleh itu, pesaing-pesaing sentiasa berlumba-lumba dalam mencari idea baru bagaimana cara yang terbaik dalam proses membahagikan jumlah pasaran dalam pasaran tertentu.usaha2 yg dijlnkan olh para pesaing ini merupakan satu cara untuk mendapatkan serta mengetahui kelebihan pesaing-pesaing dalam sesuah organisasi yang terlibat dalam periklanan serta pemasaran.

Ifarozila Tangah said...

Thanks ;-)

rokiah said...

ok...welcome,
klu de pe2 lg yg x bpe jls, anta la komen or solan yer,
insyllh...de jwpnny nt..
nk share maklumat terbaru pun boleh..
amat dialu-alukan yer